h
"Di
mana Ada Kemahuan Di Situ Ada Kejayaan" kata-kata bestari ini telah
dibuktikan oleh jaguh-jaguh sukan negara kita. Misalnya Lee Chong Wei,
Azizul Hasni Awang, Nicol Ann David dan Shalin Zulkifli telah beberapa
kali mengharumkan nama MALAYSIA dalam kejohanan dunia. Kehebatan mereka
ini seharusnya menjadi contoh ikutan kepada generasi pelajar yang masih
aktif menceburkan diri dalam aktiviti sukan di sekolah.
Persepsi
negatif tentang penglibatan para pelajar dalam bidang sukan daripada
segelintir ibu bapa yang tidak yakin dengan sumbangan sukan dalam
kehidupan harus dibetulkan malah wajib dibuang daripada kota pemikiran
mereka. Sejak dahulu lagi ramai anak-anak miskin yang berjaya mengubah
hidupnya setelah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari kejayaan
dalam bidang sukan yang diceburi.
Pemain-pemain
bola keranjang NBA di Amerika Syarikat juga telah membuktikan bahawa
selain akademik, kemahiran dan minat yang mendalam dalam acara sukan
bukan penghalang kepada mereka untuk terus belajar di universiti atau
kolej. Dalam hal ini sudah sampai masanya kerajaan Malaysia khususnya
Kementerian Pelajaran Malaysia mewujudkan Universiti yang menjurus
kepada kecemerlangan sukan dan akademik, agar generasi pelajar sekolah
mempunyai pilihan yang luas untuk memilih kerjaya.
Kecemerlangan
dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM semata-mata tidak lagi
menjamin untuk seseorang itu mengumpul harta untuk membina kesenangan
dalam kehidupan seharian. Tetapi dengan menceburkan diri dalam bidang
sukan, hadiah-hadiah kemenangan boleh mencecah jutaan ringgit.
Fikir-fikirkanlah apakah sistem pendidikan kita masih relevan dengan
kehidupan zaman yang serba canggih ini.
Hari
ini wang adalah penentu kesejahteraan hidup manusia. Manakala amal
ibadat adalah bekalan yang wajib diperbanyakkan untuk kehidupan alam
akhirat. wowowowoowow

No comments:
Post a Comment