Air
merupakan sumber penting dalam kehidupan manusia dan menyokong kepada
sistem kehidupan global. Manusia memerlukan air untuk menjalankan
aktiviti harian seperti pertanian, perikanan, perindustrian,
pengangkuatan dan sebagainya. Namun, air semakin hari semakian tercemar
lantaran sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak.
Punca utama pencemaran air ialah pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Pembuangan bahan buangan
seperti sampah, minyak, dan najis secara tidak terkawal akan menyebabkan
sifat air berubah dan seterusnya membawa kepada pencemaran.
Pertumpahan minyak yang berlaku disebabkan oleh pelanggaran kapal turut mendorong kepada
pencemaran air. Minyak yang mengalir ke laut akibat kebocoran tangki
minyak akan menutupi lapisan air dan menyebabkan belakunya pencemaran
laut.
Pencemaran air akan memberi kesan kepada kesihatan menusia.
Air yang tercemar mengandungi bahan kimia seperti sodium, nitrat,
merkuri dan sebagainya yang boleh memudaratkan kesihatan manusia.
Tumpahan minyak
yang berlaku di kawasan perairan akan membentuk lapisan minyak yang
boleh mengancam organisma laut. Tumpahan tersebut akan menjejaskan
tumbesaran dan kesuburan plankton. Hidupan laut seperti ikan, siput,
udang dan ketam akan mati disebabkan oleh pembuangan sampah dan sisa
toksik yang telah mengakibat pencamaran air yang merupakan habitat
hidupan laut. Hal ini akan mendorong kepada kepupusan hidupan laut.
Pencemaran air juga memberi kesan kepada tanah basah.
Tanah basah menyediakan habitat kepada banyak organisma hidup dan
spesies tumbuhan. Apabila fosforus daripada pencemaran bahan kimia
ditambah dalam sistem air, rumpai air akan tumbuh dengan banyak..
Dengan peningkatan fosforus, ianya akan menyebabkan menyebabkan
ekosistem menjadi tidak seimbang.


No comments:
Post a Comment