haiiii,,,,smuaaaaa,,,,,,
Sungai
pada suatu masa dahulu merupakan jalan pengangkutan kepada orang ramai.
Sungai juga pernah menjadi sumber untuk minum, mandi, dan membersihkan
pakaian. Kini, sungai di negara kita telah dicemari dengan pelbagai
sampah sarap yang dibuang oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
Sungai
membekalkan sumber rezeki kepada nelayan dan sumber protein kepada kita
semua. Sungai yang bersih menjadi habitat pelbagai jenis hidupan air
seperti ikan dan udang. Air sungai juga turut diempang ke kolam ternakan
ikan air tawar.
Bukan
itu sahaja, sungai yang bersih juga berpotensi dimajukan sebagai
kawasan rehat dan reakreasi. Kawasan sungai boleh dijadikan tempat
beriadah untuk melepaskan tekanan dan lelah. Hal ini sekali gus dapat
menarik pelancong dan menjana ekonomi negara.
Pendek
kata,sungai sememangnya penting dalam kehidupan kita. Sungai yang
bersih menjadi nadi kesejahteraan hidup kita. Maka, sama-samalah kita
menjayakan kempen Cintailah Sungai Kita.



